Saturday, January 8, 2011


Hai...kali ni aku nak citer pasal adik aku sorang ni.Namanya Muhammad Amir Qashim.Umur 11 tahun.Hobinya suka bermain,bermain dan bermain.Waktu study,fuhhh..memang runsing aku dibuatnya,mesti kena suruh.Baru dia pergi buat.Tak dinafikan semua budak macam tu,tapi bagi aku,dia memang payah.Tapi takpe kami slow2 mendidiknya.Dari perkembangan tahun lepas,amir menunjukkan prentasi pembelajaran yang memuaskan,so tahun ni dia jadi pengawas sekolah.Kira ada harapan la untuk jadikan dia lebih aktif di sekolahnya.Cita2nya pulak,katanya nak jadi polis.Ha,ha..kira okla la tu,daripada takde cita2.Sebenarnya dia terpaksa aku jaga disebabkan masalah peribadi..Sekarang dia masih tinggal bersama aku.Ikutkan dia tinggal bersama aku sudah 1 tahun 2bulan.Harapan kami,biarlah dia tinggal dengan kami buat selama-lamanya,insyaALLAH....Selagi kami mampu.Kami sekolahkan dia di Sekolah Rendah Islam,manjung.Perak.Selama dia tinggal bersama aku,alhamdulillah...banyak perubahannya berlaku pada dirinya.Walau pada mulanya terpaksa lalui banyak halangan,tapi aku dan suami tetap mempertahankannya.Bak kata pepatah hendak seribu daya,tak mahu seribu dalih.betul tak?Pada pandangan aku,amir boleh menjadi seorang yang berjaya jika dia betul2 berusaha.Ada prinsip,dengar nasihat,rajin,tentu dia akan berjaya..InsyaALLAH...kami akan buktikan kepada kedua ibubapaku bahawa kami dapat membimbing amir sehingga menjadi seorang yang berguna di dunia dan di akhirat.Amin.Kami juga berdoa kepada Allah s.w.t supaya kami diberikan kekuatan iman,kesabaran,keikhlasan dalam mendidik anak2.

No comments:

Post a Comment