Friday, January 28, 2011

28.1.2011 Cabut gigi

Duk pikir ape yang akan terjadi nanti...huhuhu.....
Tenangkan diri dulu..

123 cabut gigi.....huhuhu....

Hari ni kiteorang pergi ke klinik Pergigian Fairuz,manjung kerana dahlia dipaksa oleh mamanya untuk cabut giginya yang goyang.Tengok la mukanye dah nak start nangis...huhuhu...Ni kira kali ke 2 kakak kena cabut gigi.Fistime pada awal bulan lepas dia taklah seteruk ini nangisnye,tapi hari ini tiba2 je dia buat muka sedih.Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar di atas kerjasama Doktor dan nurse2 kat situ,semuanya bagus2 belaka,pandai pujuk si dahlia.

Thursday, January 27, 2011

HOBI BARU SI HAIKAL HAKIMI


Haikal main game apa tu????

Time ni duk syok main game,rupa2nya terberak dalam seluar...GERAM mama dibuatnya..Selesai je main game tutup plag semua,terus masuk bilik..aci je nak baring,terbau busuk...rupa2nya haikal punye keja..mmmmm.....nasib2,duk syok sangat main sampai tak sedar ape yang terkeluar dalam seluar...hahaha.....


Ni game paling dia minat.Celik je mata "mama buka tV,nak main game"Tu la perkataan dia setiap hari selepas jumpa hobi baru ni.Selalunya kalu time main petang2,dia suka kayuh basikal dengan kawan2nya,disebabkan dia suka berlumba dengan kawan2,so terpaksa kitaorang gantung basikalnya.Kesiankan?Tapi takpelah keselamatan anak2 lebih penting,sebelum terjadi ape2,lebih baik kita bertindak lebih awal,betul tak?Si ayah kata,kalu kita bagi anak2 main game,ada bagusnya jugak,supaya dia boleh berfikir.Tapi yang merisaukan aku sekarang sejak dia jumpa hobi ni,dia susah nak tengok buku.Takpelah sayang,main puas2..nanti mama try cari hobi lain pulak..OK!

Friday, January 21, 2011

Chabang 3 family

Daripada kiri Aisyah,Diha,Dahlia dan amir.Aik!tak nampak si haikal kat bawah kerusi rupanyerr...
Pakcik bersama haikal
Amir merenung jauh memikirkan masa depan....


Si baju merah,Shahlan namanya.Diantara adik yang paling aku suka.Gelagatnya selalu buat aku ketawa sendiri.Selalunya suami aku yang usik dia.Walaupun dia dikotagerikan sebagai OKU,tapi dia tak pernah mendatangkan masalah kepada keluarga.Ape yang disuruh,terus dia lakukan.Bak kata,boleh diharap la.Gambar ni diambil sewaktu dia menolong abah membuat roti canai.Ni bisnes famili(kedai makan).So apa yang aku boleh katakan disini,walaupun secacat mana seseorang,kalu dibimbing,berkehendak,berusaha pasti berjaya.
Add Image

Masjid Kristal K.Terengganu




Berposing di Masjid Kristal,K.Terengganu.Areanya dekat kampung halaman aku je,hi,hi,hi....Rasenya masa ni masjid ni baru je dirasmi,aku pun dah lupa tahun berapa.Tapi selalunya kalu kitaorang pegi,kiteorang ronda2 kat luar je,kadang2 singgah solat.

Haikal & aksi spiderman nya...








Hmmm...begitu aksi anak lelaki aku sorang nie...macam-macam stail & aksi,
pendek kata ada jer idea dia nak lakukan sesuatu permainan janji ada orang
melayannya
Adakala permainan nya buleh mendatangkan marah papa& mama..so paham2 la.
Sabar je lah....harap2 janganlah hendaknya sampai kebesor perangai nakal nya...Amin..

Gambor nie masa kat kampong,ramai anak2 sedara lagi kecoh rumah nenek....hehehe..
Dan inilah akibat nya...panjat tinggi sangat...papa kata doh jangan panjat?

Kita lihat lagi aksi-aksi yang lain....dibawah ini..




menu petang Laksa penang


Menu petang,laksa peneng.Ok tak?Sebenarnya setiap menu yang aku post dalam blog dianggap special,sebab aku memang tak pernah membuatnya.Entah kenapa tibe2 je tekak ni rasa nak makan laksa peneng.Kalu makan di kedai takut tak cukup,ha,ha,ha,so aku cuba membuatnya sendiri.Nasib baik la suami tak complain.Maknanya laksa ku menjadi,makan pun puas hati.Walaupun tak menarik,tapi sedap......

Thursday, January 20, 2011

Baik Buruk Seorang Wanita

Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.

Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka,"Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

"Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

"Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

wallahua'lam

Wednesday, January 19, 2011

Alhamdulillah masih dalam nikmat iman dan islam.

Alhamdulillah,
sampai tika ini masih merasai nikmat kasih sayang bonda tercinta...


Alhamdulillah,...
sang anak-anaknya..
walau ada yang jauh dimata ,
apatah lagi yang dekat dimata..
tiada beza..
ia tetap belaian yang sama...

Alhamdulillah ya ALLAH,
kasih-sayangnya jua,
tidak sekadar di persinggahan dunia ini...
malah untuk akhirat jua..
didoakan anak-anaknya..
...moga berbahagia dunia dan akhirat..
...diberkati dan dipermudahkan segala urusan...

ya ALLAH...
bahagiakannya dunia dan akhirat MU..

amin yarabballa'lamin..

AGAR2 MILO

Ha,ha,ha...jadi tak kuih agar2 milo ni?Ni 1st time aku membuatnya.Sebenarnya aku ni bukan pandai sangat buat kuih muih ni,minat pun takde,disebabkan aku teringin nak makan lalu aku cuba membuatnya.Pada mulanya aku belajar buat kuih yang senang2 dulu,ringkas dan mudah.Firstly aku ada try buat kuih puding gula hangus,ok menjadi la jugak,tapi aku tak update gambarnya,nantilah lain kali aku buat lagi.Alhamdulillah kuih2 yang aku buat,anak2 suka makan.Walaupun kuih ni agak simple,tapi sedap dimakan.....

Sunday, January 16, 2011

FAMILI

mana big bossnya.....
Haikal jelous mamanya memangku sakinah(anak saudara)

monyok...nak sesuatu...


BIG FAMILI


Sebahagian daripada keluarga...Gambar ni diambil ketika konvokesyen si eja,adik suami.Udah lame rasanya tak bergambar ramai2 macam ni.Selalunya tunggu time raya aidilfitri baru dapat bergambar ramai2.Daripada kiri belakang ibu mertuaku,ada,eja,big boss,abg mie mendukung sakinah.Barisan depan cik su,dahlia,amir,kak e dan eh! taufik nak ke mana tu....

Saturday, January 15, 2011

SI CILIK


Daripada kiri baiyinah,hekal,dahlia dan umairah.We love you so much...

Thursday, January 13, 2011

My Lovely

Anak soleh dan solehah


KIBARKAN BENDERA


Sentiasa berjuang demi agamaMU... PAS WE LOVE YOU FOREVER...

RUMAH LAMA

Assalamualaikum....kali ni aku nak cite2 atau mengimbau kembali kenangan manis sewaktu tinggal di Taman fasa 1a,manjung...Aku kan suka bercerita2,so meh lah baca kisah kehidupan sewaktu menyewa di rumah ini...Setelah kawen pada tahun 2002,kami slow2 mencari rumah sewa diarea manjung disebabkan suami berkerja di daerah tersebut,cari punya cari
,alhamdulillah dapat la sebuah rumah yang agak selesa bagi kami..Dengan bayaran sewanya rm300 sebulan,kira ok la 3 bilik tido,ruang makan,ruang tamu pun luas..Banyak pengalaman manis dalam rumah tu,rasanya sayang pulak nak meninggalkannya nanti.Dulu kami cuba jugak untuk membeli rumah ni,tapi tidak dijual..Terpaksa la kami redha and cari rumah lain.Kami seronok tinggal di taman tu kerana jiran2nya yang ramah,tolong menolong,kawasan rumah pulak strategik semua dekat.Bank,pejabat pos,kedai2,sekolah,surau semuanya dekat dalam 5 minit je sudah sampai.Yang peliknya tuan rumahnya seolah2 tidak peduli tentang rumah mereka,bayangkan selama 8 tahun kami tinggal di rumah tu,hanya 3,4 kali je nampak batang hidung tuan rumah,hi,hi,hi....mungkin bagi diaorang tak kisah kot,asalkan duit sewa diaorang di bank-in tiap2 bulan.betul tak?selama tinggal kat situ juga,kami dikurniakan 2 cahaya mata.Diaorang la penyeri hidup kami.Daripada diaorang kecik sampai sudah bersekolah semua bermula dalam rumah tu...he,he,he..happy sangat.Kami doakan walaupun dimana kami berada semoga Allah sentiasa memberi rahmat kepada keluarga kami.Berikanlah kebahagian di dunia dan di akhirat,insyaALLAH...murahkanlah rezeki kami,kurniakanlah kami anak2 yang soleh dan solehah sentiasa menuju ke jalanMu..Amin

GUNUNG TANGKUBANG PERAHU.
Bapak bersama haikal.Masa ni haikal berusia 2 tahun lebih..Cantikkan permandangan bekasan gunung berapi.Ciptaan Allah s.w.t.....

BANDUNG,INDONESIA

Family day 2008...

Monday, January 10, 2011

Naik kereta.....

Nak pergi mane tu sayang..eh,kenape tak tengok depan?kan nanti terlanggar orang la sayang...

Bersama Al fadhil Ustaz Azhar idrus


Cik abang bersama tuan gurunya Yb Ustaz Azhar Idrus..

CUTI2 MALAYSIA

Berposing di Sunway piramid.Hati2 kat belakang tu...

BAJET

Foto ni diambil sewaktu kiteorang bercuti di Subang,Malaysia..sempat jugak pusing2 melihat keindahan kota,memang indah dengan kerlipan lampu berwarna-warni..Ni kali kedua kami pergi Sunway Lagoon..Kali yang pertama kami pergi pada tahun 2009.Itupun dapat sponsor dari company suami.kalu nak masuk sana,kena bajet betul2,siap je duit rm1000 sehari.Itupun anak 2 orang,kalu ada yang anak ramai,tak ke susah?Tapi tak kisah la pada orang yang berduit tak abis kan???.kalu takde bajet jangan pergi,ha,ha,ha.Tapi pergi kali kedua ni,kami tak bawak anak2 mandi kolam pun,cume cuci mata sama macam maknya,ha,ha,ha..nak shopping pun,duk pikir nak beli ape yer....tempat macam tu?Tengok barang2 pun aku tak teringin apelagi nak beli.Tapi kira ok la sekurang2nya aku dah lepas janji pada anak2 yang aku nak bawak diaorang bergambar bersama duck Sunway Lagoon.Anak2 happy,kite pun happy,betul tak?

sejenak berfikir.

~hakikat insan~

"bahawa sesungguhnya Dialah yg menyebabkan (seseorang itu
bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berduka cita)
menangis.."

(Najm : 43)

hakikat insan.....
kadang suka kadang duka....

hakikatnya insan....
lemah dan tak berdaya tanpa Rabbnya....

hakikat Insan,,,,
mudah leka dan alpa apabila diberi dgn nikmat....

hakikat insan...
mudah terpedaya dgn bisikan2 iblis.....

hakikat insan,,,,
suka mengeluh...

hakikat insan...
wajib diuji.....
walaupun terkadang terasa perit...
namun ianya tak setanding dgn nikmat2 ALLAH yg tak terhitung...

hakikatnya...
ada manusia yg hanya mengingati Rabbnya,,,
ketika ditimpa musibah,,,,
membelakangkan Rabbnya apabila mendapat nikmat....

hakikatnya....
ujian itu adalah nikmat...
dan nikmat itu adalah ujian....

~lumrah manusia sering leka
~manusia sering alpa
~manusia yg menyusahkan manusia
~manusia juga mudah lupa dgn Rabbnya

amat beruntung bagi sesiapa yg berpenat lelah menuju
pada Rabbnya...

dan amat rugi bagi sesiapa yg berpenat lelah
meninggalkan Rabbnya

~pabila sesekali diuji hati jadi lemah
~jiwa kelam kabut

~mengadulah semuanya pada ALLAH...
~hanya ALLAH yg mempunyai "kuncinya"
~hakikatnya bila terasa dihimpit dan sedih dgn ujian....
~hati lebih fokus utk beribadah
~air mata mudah mengalir keluar ketika bermunajat
~gunalah kesempatan yg ada dan menangislah sepuas2nya
dihadapan Rabbmu....
~ianya akan menjadi penyelamatmu kelak....

~keep istiqomah~

walau kadang2 terasa penat utk memanjat...
teruskan....
kerana kemanisan iman menantimu di situ....

sedikit mutiara kata buat renungan bersama...

1. Berpergian dari satu tempat ke satu tempat yg lain
tidak akan membahagiakanmu selama engkau tetap membawa
kesedihan dalam hatimu,,,

oleh itu,
campakkanlah kegelisahan dr relung2 hatimu,,,
dan isilah dgn kegembiraan,,,,,

2. Sebelum tidur,,,,
tebarkanlah kebajikan ke lingkungn sekelilingmu,,,,
cucilah hatimu 7 kali bilasan dgn sikap pemaaf,,,,

lalu putihkan pada bilasan kelapan dgn taubat,,,,,

jika sudah begitu,,,,
engkau akan merasa manisnya iman


~ remember guys,,,,
~~ we r noting....
~~noting without ALLAH

Dah tiba masanya untuk ultraman berdamai dgn raksasa...(^_^)
supaya tak da lagi mangsa atau runtuhan bangunan yg berlaku....

muhasabah diri
koreksi diri....
cuci hati....

renung2kan...

mari sama2 amalkan....^^

RENUNGAN MENAWAN

My lovely Hekal.Ni sewaktu kiteorng bercuti di Hotel Holiday Villa,Subang.Cantik pose!!!!

Biodata Dahlia

NAMA:NUR DAHLIA RIDANI BT ROSHAIRI
UMUR:8 Tahun
HOBI:Membaca,menonton televisyen,bersiar2,makan dan bermain dengan rakan2
CITA:Jururawat@Ustazah
ANAK YANG KE BERAPA?Anak yang pertama
TEMPAT LAHIR:Hospital Besar Kuala Terengganu
MATAPELAJARAN YANG DIMINATI:Jawi,English dan B.Malaysia
NAMA ADIK:Muhammad Haikal Hakimi
NAMA SEKOLAH:Sekolah Rendah Islam Seri Ta'lim
ALAMAT :Manjung,Perak.