Wednesday, March 16, 2011

Swimming pool Tanjung Jara Resort

Haikal and the gang

si haikal aksi ultramannya


Huhuhu....lemas ke tu????


Tuesday, March 15, 2011

BERCUTI DI TANJUNG JARA RESORT,TERENGGANU


Bilik mandi

Kamar tidur yang romantik


Salam buat semua...udah lame rasenye aku tak menulis@ melayan blog ni...Al maklum la sibuk menguruskan rumahtangga.Cuti sekolah penggal pertama udah bermula.Tapi kali ni aku nak berkongsi cerita semasa bercuti di Tanjung Jara Resort,Terengganu.Negeri kelahiran aku.Kami pergi pada 12hb3 hingga 14hb3.Cuaca mase tu tak berapa elok,hujan je memanjang.Mula2 sampai kat sana,terkejut jugak,dengan tempatnya dikelilingi hutan belantara.Tapi setelah melangkah masuk,fuhh...memang tenang jiwa dibuatnya.Berpuas hati la jugak dengan biliknya yang romantik,kemudahannya ala 5 star.Untuk orang nak tenangkan jiwa atau ingin berbulan madu eloklah ke sane.Kami menginap di sana 3 hari 2 malam.Semuanya ditanggung oleh company.Huhuhu...kalu sendiri punye plan,alamaknye tak pergi laa..Familiday kali ni kira okey la...dekat dengan umah mertua,so petang2 kami lepak kat rumah mak,save bajet katekan..Trip kali ni mujur ada geng,tak lah membosankan.Oklah kite layan je gambar anak2 semasa diaorang sedang bergembira...


Saturday, February 19, 2011

Dahlia bersukan



Salam buat semua...19hb 2.2011..tarikh sempena hari sukan Sekolah Agama Seri Talim iaitu sekolah dahlia.Acaranya berlangsung pada pukul 8 pagi di Stadium mini Manjung.Aku,macam biasa la,pagi2 lagi dah bersiap,memang kelam kabut jugak waktu tu,almaklum la si bapaknya takde,kebetulan berkerja di shiff malam,terpaksa la aku buat semua sorang2.Pagi tu kami bawak bekal nasi goreng dan roti telur.Tahu2 la anak2 aku tu,time lapar tak kira tempat.Risau jugak kot2 mintak makanan,bawak bekal siap2,senang tak payah cari kedai makan.Cuma masa tu tempat berteduh susah nak cari .Orang ramai terpaksa la kami makan di tengah matahari baru nak naik.Fuhhhh...memang panas betul cuaca hari tu..Kesian tengok budak2 berjemur di tengah panas.Dahlia mewakili pasukan rumah hijau.Kali ni dahlia main acara tarik bola dengan gelung rotan,alhamdulillah pasukan rumahnya menang.Kami tak tunggu acara habis..Setelah giliran dahlia selesai bermain,aku pun minta kebenaran guru untuk pulang.Acaranya habis pukul 1 tengahari..

Lagi foto dahlia


Mama bersama anak2 tersayang

Tengok lah si dahlia ni,sejak aktif bersukan ni mukanya dah nampak gelap.

lagi foto dahlia



Menunggu giliran
Bersama Huda dan Balqis
Ni lah gaya si haikal,bukannya boleh duduk diam,ada je perkara yang dia lakukan contohnya,aktiviti memanjat..
kakak bermain penuh bersemangat..caya lah..



Gaya seorang atlit


4X100 meter

Sunday, February 13, 2011

Sukan sekolah amir...

Salam buat semua.Hari ni aku nak bercerita pasal sempena hari sukan sekolah Islam Al Ummah iaitu sekolah amir.Kiteorang bangan awal pagi,maklum la anak ramai..siap tu siap ni,pukul 8.30pg jugak keluar dari rumah.Hahaha...Acaranya start pukul 8pg.Tapi takpelah,bukannya kiteorang je lewat,lagipun sampai2 acara baru je nak bermula.Tahun ni tahun ke 2 amir menyertai acara sukan.Dia wakil rumah hijau.kali ni dia masuk acara tarik tali dan ngail selipar.Alhamdulillah,cuaca elok je hari ni.Seronok jugak tengok budak2 bersukan,tapi yang merimaskan aku adalah si haikal,tahu2 je lah dia,tak boleh duduk diam.Panjat situ,lompat sini,main kotor dahlah selepas abis acara tersebut kiteorang nak pergi kenduri.,terpaksa la balik rumah salin baju diaorang.Pukul 11tghari antar dahlia pergi tuisyen pulak.Habis je acara sukan dalam pukul 12.30tghari,kami terus pergi kenduri.Next week hari sukan si dahlia pulak,tungguuuuuu........ceritanya minggu depan.babai...


Dengar ucapan daripada Guru Besar



Tunggu giliran....

bersiap sedia...

Cepat2...LARI...


Tarik jangan tak tarik!!!!

Amir tarik tali

Hekal kutip gula-gula

Hekal kutip gula2 tahun lepas masa sukan sekoloh amir...

Aktiviti malam minggu...


zaman tengah siapkan joran kail dia...

buh umpan...

hah..tu amir..suroh aku boh umpan kat mata kail yang kedua dia..1st mata kail lekat batu.....

salam...lama dok ngayat dalam belok nie...hmmmm..hari sabtu malam semalam(12/02/2011) aku n family g mancing kat waterfront lumut...
Amir adik ipor aku...satu joran(ayoh dia belikan masa cuti hujung tahu aritu...RM15..
aku ser joran...Umpan sotong,udang mampuh ngan ikan selayang sekor..beli kat pasar malam manjung..
Hmmm..lama dok ngail..last skali ngail bulan 6 tahun lepas...sekitar pulau tenggol dungun terangganu..bahang ikang aye(orang bandor panggil ikan kayu @ tuna)....buleh dalam 60 ekor..

Hok ngail semalam...hmmm kumpau(bahasa org ngail)..atau dok leh sekor haram...air laut masa tu nok surut..so mungkin salah satu sebab...ser lagi memang dok mopong(dok pandai)...

Hok ikut ngail...geng2 tempat kije aku..Zaman n anoknya..& mizi n wife nyer?...si mizi baru beli joran kail.. seme blake dok leh sekor pn ikan...

dekat pukol 12 tgh malam pakat2...simpan joran balik tidur..hmmm..