Salam buat semua...udah lame rasenye aku tak menulis@ melayan blog ni...Al maklum la sibuk menguruskan rumahtangga.Cuti sekolah penggal pertama udah bermula.Tapi kali ni aku nak berkongsi cerita semasa bercuti di Tanjung Jara Resort,Terengganu.Negeri kelahiran aku.Kami pergi pada 12hb3 hingga 14hb3.Cuaca mase tu tak berapa elok,hujan je memanjang.Mula2 sampai kat sana,terkejut jugak,dengan tempatnya dikelilingi hutan belantara.Tapi setelah melangkah masuk,fuhh...memang tenang jiwa dibuatnya.Berpuas hati la jugak dengan biliknya yang romantik,kemudahannya ala 5 star.Untuk orang nak tenangkan jiwa atau ingin berbulan madu eloklah ke sane.Kami menginap di sana 3 hari 2 malam.Semuanya ditanggung oleh company.Huhuhu...kalu sendiri punye plan,alamaknye tak pergi laa..Familiday kali ni kira okey la...dekat dengan umah mertua,so petang2 kami lepak kat rumah mak,save bajet katekan..Trip kali ni mujur ada geng,tak lah membosankan.Oklah kite layan je gambar anak2 semasa diaorang sedang bergembira...
Salam buat semua...19hb 2.2011..tarikh sempena hari sukan Sekolah Agama Seri Talim iaitu sekolah dahlia.Acaranya berlangsung pada pukul 8 pagi di Stadium mini Manjung.Aku,macam biasa la,pagi2 lagi dah bersiap,memang kelam kabut jugak waktu tu,almaklum la si bapaknya takde,kebetulan berkerja di shiff malam,terpaksa la aku buat semua sorang2.Pagi tu kami bawak bekal nasi goreng dan roti telur.Tahu2 la anak2 aku tu,time lapar tak kira tempat.Risau jugak kot2 mintak makanan,bawak bekal siap2,senang tak payah cari kedai makan.Cuma masa tu tempat berteduh susah nak cari .Orang ramai terpaksa la kami makan di tengah matahari baru nak naik.Fuhhhh...memang panas betul cuaca hari tu..Kesian tengok budak2 berjemur di tengah panas.Dahlia mewakili pasukan rumah hijau.Kali ni dahlia main acara tarik bola dengan gelung rotan,alhamdulillah pasukan rumahnya menang.Kami tak tunggu acara habis..Setelah giliran dahlia selesai bermain,aku pun minta kebenaran guru untuk pulang.Acaranya habis pukul 1 tengahari..